Penjagaan Ikan Gapi

IKAN GAPI

Gupi adalah ikan yang sangat mudah berkembang biak. Masa kehamilan ikan ini berkisar antara 21–30 hari (rata-rata 28 hari) bergantung pada suhu airnya. Suhu air yang paling sesuai untuk membiak adalah sekitar 27 °C (72 °F).

Alih-alih bertelur, ikan gupi mengandung dan melahirkan anaknya (livebearers). Setelah ikan betina dibuahi, daerah berwarna gelap di sekitar anus yang dikenal sebagai ‘bercak kehamilan’ (gravid spot) akan meluas dan bertambah gelap warnanya. Menjelang saat-saat kelahirannya, bintik-bintik mata anak-anak ikan dapat terlihat dari kulit perut induknya yang tipis dan menerawang. Seekor induk gupi dapat melahirkan burayak (anak ikan) antara 2–100 ekor pada setiap kelahiran, namun kebanyakan antara 5–30 ekor saja. Beberapa jam setelah persalinan, induk gupi telah siap untuk dibuahi lagi.

Begitu keluar dari perut induknya, anak-anak gupi telah mampu hidup sendiri. Berenang, mencari makanan, dan menghindari musuh-musuhnya. Anak-anak gupi ini umumnya akan terus bergabung dengan kelompoknya, dan dengan ikan-ikan lain yang lebih besar. Namun gupi yang telah dewasa tidak akan segan-segan memangsa burayak yang berukuran jauh lebih kecil; sehingga apabila dipelihara di akuarium, anak-anak ikan ini perlu dipisahkan dari ikan-ikan dewasa. Burayak-burayak ini, apabila selamat, akan mencapai kedewasaan pada umur satu atau dua bulan saja. Itulah sebabnya ikan ini dengan segera dapat melipat-gandakan jumlah anggota kelompoknya, sehingga dinamai juga ikan seribu.

Sirip dubur pada ikan jantan mengalami perubahan menjadi gonopodium, yang berfungsi untuk mengeluarkan sperma yang akan masuk pada tubuh ikan betina[3]. Gupi betina memiliki kemampuan untuk untuk menyimpan sperma, sehingga dapat hamil berulang kali dengan hanya satu kali kawin.

 

guppy sepasangpregnant-red-tail-guppy-2008

 Bagaimana cara bezakan jantan dan betina?
– Yang jantan biasanya berekor kembang dan warnanya lebih cantik berbanding yang betina. Yang betina ekornya kecil dan warnanya tidak berwarna-warni seperti jantan.
Mengawan, Persenyawaan, Bunting dan Melahirkan
– Ikan gapi/ guppy akan masuk usia matang dan ada sifat untuk mencari pasanagan sekitar 2-4 bulan. Kalau tengok ikan betina perutnya mengening bulat, bolehlah asingkan. Dan setelah lahir semua anak ikan, ibunya perlu diasingkan dari anak-anaknya kerana ikan dewasa ada tendency untuk makan anak-anak yang baru lahir ni.
Tahan Lasak dan Tidak Cerewet
– Ikan ini senang untuk dipelihara kerana tahap survivor yang tinggi. Tidak seperti ikan hiasan yang lain yang manja dan cepat mati.

 

CARA PENJAGAAN AIR

LETAK ANTI-KLORIN

Titiskan klorin mengikut arahan.

TUKAR AIR AKUARIUM

Air hanya perlu ditukar ikut tahap kotornya. Dan jangan buang semua air lama, tinggalkan 1/2 atau 1/3 air lama, bersihkan kotoran dan sisa, tuangkan air baru.

MASUKKAN AIR KE DALAM AKUARIUM BARU

Setelah set up akuarium, perlu tunggu 1-2 hari sebelum masukkan ikan.

MASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

Biarkan ikan yang masih dalam plastik terapung dalam akuarium selama 15-20 minit supaya ikan biasa dengan suhu air akuarium. Kemudian buka plastik, masukkan pula air dari akuarium, biarkan dalam 5-10 minit. Lastly, barulah lepaskan ikan perlahan-laham ke dalam akuarium.

Lain-lain Perkara:
1. Pokok Hiasan/ Batu Hiasan
– Seeloknya letakkan pokok hiasan yang hidup dalam air berbanding beli pokok hiasan plastik.
– Fungsinya selain menjadi tempat bermain untuk ikan, ianya juga menjadi tempat untuk ikan ehem, ehem (ikan ni nak privacy juga) dan jadi tempat melahirkan anak. Ianya juga menjadi tempat perlindungan bagi anak ikan yang baru lahir dari dimakan oleh ikan dewasa (in case accidentally tak sempat nak asingkan dia dah beranak)
Tips: Sebelum memasukkan batu hiasan, rendamkan semalaman dahulu. Jangan beli-beli terus masukkan dalam akuarium, boleh menganggu pH air.
2. Pam
– Kami tidak pasang pam lagi. Telah membuat sedikit survey. Untuk ikan comel ini, gunakan pam yang kecil sebab saiznya yang kecil boleh lolos tersedut dalam pam.
Tips: Kalau saiz akuarium besar dan memerlukan pam yang besar, boleh letakkan sieve di depan pam bagi mengelakkan ikan tersedut sekali.
3. Ikan Pembersih
– Sedikit survey, sebenarnya kami memang tidak mahu letakkan ikan DBKL dalam akuarium, kerana saiznya yang besar akan menghilangkan sifat comel ikan gapi/ guppy. Lalu kami melakukan sedikit research, jumpa nama ni, Cory Catfish dan Dwarf Otocinclus Catfish.
CONTOH AKUARIUM IKAN GAPI

This slideshow requires JavaScript.

 

JENIS-JENIS IKAN GAPI

  1. COBRA

gen cobra ditandai dengan coraknya yang seperti ular pada semua gapi jantan yang berwarna gabungan hitam , putih atau kuning.

2.   METALIK

Penamaan ini merujuk kepada warna biru metalik pada gapi jantan .

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG JENIS IKAN GAPI , LAYARI : 

http://akuariumhiasku.blogspot.com/2014/05/jenis-jenis-ikan-guppy.html

 

 

 

 

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started